Sunday, 30 November 2014

Rahsia Remaja 16 tahun Bersalin Terbongkar


Di Marang, Seorang remaja berusia 16 tahun telah melahirkan anak di dalam biliknya. Kejadian tersebut disedari oleh abangnya sendiri. Tangisan bayi menyebabkan abangnya tersedar daripada tidur. Sayu hati seorang abang ababila mengetahu adiknya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM) pada tahun hadapan.melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rimah keluarga mereka. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.

Ketika pintu dibuka, gadis berusia 16 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah manakala bayi yang dilahirkan berada disampingnya. Menurut si abang, adiknya dibantu oleh jiran di bawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan  kemudian membuat laporan polis.

 Kata keluarga gadis tersebut, mereka tidak mensyaki apa-apa sebelum inikerana tubuhnya agak besar berbanding rakan-rakannya yang lain malah saiz perutnya kelihatan normal. Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.

Kata abang remaja tersebut,adik perempuannya dan bayi dirawat di hospital berkenaan dan hanya ahli keluarganya sahaja dibenarkan melawat. Namun keadaan adik dan bayi itu dilaporkan kini stabil.

Saturday, 29 November 2014

Populariti Aaisyah Dhia Rana



Gambar artis popular Rozita Che Wan (Che Ta) dan suaminya Zain Saidin. Gambar ini di ambil selepas
 Rozita Che Wan selamat melahirkan anak perempuannya. Rozita Che Wan tetap nampak cantik walaupun baru lepas bersalin. Ramai orang tertanya-tanya rahsia kecantikan Rozita Che Wan. Rozita Che Wan sendiri membuat pengakuan, beliau mengakui mengenakan solekan & bersiap ketika bersalin dan menganggap perkara itu biasa kerana pernah melakukannya sebelum ini. Selain itu isu Zain membotakkan kepala juga diperkatakan. Biasalah nama pun artis buat apa je orang akan bergosip. Rasanya sepanjang Zain bergelar anak seni, belum pernah kami tengok suami kepada Che Ta ni berkepala botak. Kalau menukar warna dan gaya memang rambut memang bukan perkara baru lagi.
Tapi, tak sangka sekeping foto yang dimuat naik oleh Che Ta di laman Instagramnya membuatkan ramai terkesima. Iyalah, daripada biasa tengok Zain elok berambut, tiba-tiba sahaja muncul dengan imej terbaru.
Kapsyen yang disertakan Che Ta iaitu ‘So good looking daddy to be’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat menganggap imej terbaru suaminya itu berkait rapat dengan kelahiran anak sulung mereka yang bakal melihat dunia tak lama lagi.


Aaisyah Dhia Rana merupakan nama anak Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin. Menerusi program Hlive, pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah bersepakat mengumumkan bahawa nama anak bayi perempuan mereka yang baru lahir sebagai Aaisyah Dhia Rana. Tambahnya lagi, Aaisyah Dhia Rana bermaksud sinar kecantikan dan nama itu juga merupakan gabungan nama ibu Zain Saidin. Terdahulu, Che Ta telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkahwinan dengan Zain Saidin di Hospital KPJ Ampang pada 1 November 2014 yang lalu.

Alahai comel nyee anak Rozita Che Wan ni.. Kecil-kecil dah comel, besar-besar tak tahu la kan.. Untunglah Aaisyah Dhia Rana ni kan.. Kecil-kecil lagi dah dapat bercuti kat luar negara. Dengar khabar, Aaisyah Dhia Rana bakal terbang ke Maldives. 
Namun yang lebih tertarik lagi dengan kapsyen yang diberi. Kata Che Ta mudah-mudahan anaknya muat memakai hadiah yang diberi menjelang nak ke Maldives nanti. 

 Beberapa hari lepas, Che Ta telah memuat naik sekeping foto pakaian kanak-kanak yang diberi oleh salah seorang kenalannya. Bertuah betul  Aaisyah Dhia Rana. 
Kecil-kecil dah diberi kesenangan dan kemewahan. Semoga Aaisyah Dhia Rana menjadi anak yang solehah besar nanti.



Booth Jawatankuasa Teman





 

Ini booth untuk jawatankuasa teman. Sepanjang berlangsungnya PESKO kami akan membuka booth. Pelbagai jenis makanan yang kami jual. Antaranya ialah Murtabak Maggi , Sosej , Keropok Lekor , Air, Air Kotak , Nurget. Jom-jom pakat mai kat Booth kami...


Hahaha...sibuk je ni.. tengok orang lain nak masak kita pon nak masak juga. Dah lama x memasak. Sepanjang belajar ni mana ada masak sendiri. Makan kat luar tak pon tapau bawak balik. Bestnyeee dapat masak. Walaupun hanya goreng-goreng tapi tetap masak ugak kan.... 


Ni tengah goreng kentang.. Lepas goreng kentang goreng keropok lekor pula. Seterusnya goreng sosej,, Banyakkan kami masak.. Riuh-rendah dibuatnya. Ada yang tak pandai masak.. Pakat-pakat masak semua. Best sangat dapat masak sama-sama. We are happy family...Kat sebelah sini goreng-goreng. Kat sebelah sana masak murtabak maggi.. Ingatkan masak murtabak maggi ni susah sangat. Yelaa nama pun murtabak ingatkan kena tebar-tebar ke...Rupa-rupanya masak macam tu je.. Alahai senang nye... Tak pe la...At least da dapat resepi baru.. Nanti balik rumah nak buat.


Tadaaaa... Ni lah murtabak maggi yang aku buat.. Murtabak maggi yang paling special.. Semua orang jelous dengan murtabak maggi yang aku buat.. Heee... Terharu pulak bila ada orang puji murtabak maggi yang aku buat.. Ni yang bersemangat nak buat lagi ni.. Hahaha.. Dah la besar, tebal pulak bukan apa tu nak abis kan stok je tu... So abis kan semua... Jadi lah macam ni.. Dihias pulak.. Biarlah walaupun tak kreatif mana. Tapi tetap ada orang puji juga...Terima Kasih Semua..


Friday, 28 November 2014

Kerja Gileerr

Sejak semalam 27 November 2014 berlangsungnya PESKO UMK. Pelbagai gerai-gerai yang ada antaranya ialah makanan, pakaian, dan ada juga pameran. Hari ni aku buat kerja giler sikit. Aku jenis bila nak kan sesuatu tu aku akan dapat. So hari ni aku da buat satu kerja giler. Hari ni sahaja aku da beli beberapa helai baju. Hahaha... Membazir sungguh.... Tapi tak mengapalah bukan nya selalu pon kan..

Haaaa...ni dia antara baju yang aku beli tadi...banyak pilihan kot. rambang mata aku tengak. tak tahu ank pilih yang mana satu.. tengok yang sana yang sini cantik. Pening kepala aku nak pilih.. Aku memang suka mengumpul baju. Senang kalau baju banyak-banyak ni..Boleh tukar hari-hari..


Jangan jeles ye... Baju murah-murah sebab tu beli banyak. Rugi pulak rasa kalau tak beli. Kalau kat tempat lain confirm mahal da ni. Ni sehelai baru RM39.. Boleh la kan. Hehehe....Aku memang tak boleh baju banyak-banyak. Tambah-tambah murah..Ada pulak promosi.. Siapa tak nak kan..




Gileer tak gilerr memang tu la yang aku suka buat.. hahaha... Hari ni saja 6 helai baju aku beli. Belum esok lagi. Tak tahu la tu kan apa na jadi... Kepada sesiapa yang tak derr duit tu jangan ikut kerjaa gilerr ni yee...Tak pe la untuk kepuasaan sendiri...Guna duit sendiri  bukan guna duit orang lain.. huhuuu.

Monday, 24 November 2014

UMK Berselawat





Sempena Pesta Konvokasyen pihak UMK dengan kerjasama beberapa pihak seperti Jawatankuasa Teman telah menganjurkan program UMK Berselawat pada 23/11/2104 yang lalu. Program ini telah bermula
 Jam 8.15 hingga Jam 11.00 malam. Tetamu yang di undang bagi memeriahkan program UMK Berselawat ini ialah pelajar dari Pusat Tahfiz Al-Aitam Kota Bharu.


Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada mahasiswa, mahasiswi, dan pensyarah. Selepas Solat Isya' secara berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan yassin yang diketuai oleh pelajar Tahfiz A-Aitam. Saya merasa begitu teruja kerana komitmen dan semangat mahasiswa,mahasiswi turut hadir dalam memeriahkan lagi majlis. Di samping bacaan yassin secara beramai-ramai, suasana tenang dan damai dapat dirasai.



Selepas bacaan yassin, majlis diteruskan berselawat yang diketuai oleh pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz Al-Aitam. alunan yang cukup merdu dialunkan. Antara selawat yang dialunkan ialah Madad, Ya Hanana, Ya Badratim, dan Salam Alaik. Mahasiswa, mahasiswi dan pensyarah sama-sama mengalunkan selawat dengan penuh bersemangat. Dari satu selawat ke satu selawat. Selepas itu, majlis diteruskan dengan tazkirah. Pelbagai inputu-input yang berguna dapat diperolehi. 

Sunday, 16 November 2014

My Fovaurite Activity

#Hari ini sabtu 15 november 2014. Aku dan roomates telah mengikuti aktiviti berkayak anjuran Kelab Rekreasi (KRU).Jam 7.30 pagi kami dikehendaki berkumpul di pagar UMK untuk menunggu bas. Seperti biasa hujan turun tanpa henti.Kami lewat beberapa minit untuk menaiki bas kerana faktor hujan menyebabkan Pak cik bas berleter sepanjang perjalanan ke Pulau Melaka.Kami hanya pekakkan telinga sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang dileterkan pon aku tak tahu..Dia tinggalkan kami di suatu tempat yang kami semua tidak tahu kerana dia ada kerja lain katanya. Disebabkan kemarahannya yang tidak henti-henti kami takut untuk bertanya. Tunggu punya tunggu ingatkan pak cik bas tu tinggal kami.. Rupa-rupanya tempat tu lah Pulau Melaka.. Tempat kami berkayak.. Kelakar habis.. Dengan hujan renyai-renyai kami turun ke bawah..(#dengan muka tertanya-tanya dan terpinga-pinga). Ohhhhhh, rupa-rupanya kat sini.. #perasaan gembira dan teruja. Tunggu seketika pelajar UMK Bachok. Sambil berborak dan bergosipp..hahaha. 

#Setelah 20 minit berlalu kami diberi taklimat oleh jurulatih kayak iaitu Encik Johari. Kami diberi jaket keselamatan dan mulakan aktiviti. Aku berpasangan dengan roomate aku ain.. Berkayak dalam hujan bayangkan laa macam mana.. Sementara menunggu semua kami pusing-pusing di sekitar situ.. Selepas itu kami mulakan ke destinasi yang ingin dituju.Kami berhenti di perhetian pertama..Perghh 1KM mengayuh.. sakit tangan kot.. Baru 1km dah sakit.. Banyak lagi perhentian yang akan kami tempuhi.. Habis basah lenjun dibuatnya.. Sejuk habaqq hangggg...Tu baru sikit.. Jurulatih menceritakan serba sedikit sejarah tempat tersebut.. Meneruskan ke destinasi seterusnya.. Mengayuh sambil melihat keindahan sekeliling. Kami berlumba-lumba dengan kawan-kawan yang lain. #buat jahat. Langgar kenu... Haahaaa..kayuhh sambil menyanyi.. makin lebat hujan.. Dan akhirnya sampai di sempadan thailand.. Berehat seketika ditengah-tengah pulau.. Bergabung kenu yang lain. Ada yang berselfie..Ada yang tidur kepenatan..Kenu di bawa oleh arus.. 

#10 minit berlalu.. Patah balik untuk membuat aktiviti seterusnya. Berhenti di suatu pulau untuk melakukan waterconfident. Semua parkking kenu di tebing sungai. Kami diarahkan untuk masuk ke dalam air untuk beberapa minit. aku dan yang lain ke tengah sungai.. Air yang dalam membuatkan aku rasa ingin tenggelam. Tapi dibantu oleh jaket keselamatan.Sejuk sampai mengigil dibuatnya..Hujan yang x henti-henti membuatkan aku terus menggigil.Rasa seperti ada di oversea.. hahaha Mula bergerak untuk pulang tempat mula berkayak..Masing-masing keletihan..tidak ada kekuatan untuk mengayuh.. Aku mengayuh sambil bernyanyi. Penat yang teramat sangat yang hanya ada di fikiran bila nak sampai jee. 3KM pergi 3KM balik...Kayuh untuk pulang memerlukan tenaga yang kuat kerana perlu melawan arus. Selama 4 jam kami berkayak. Kenangan yang tidak akan aku lupakan bersama-sama teman-teman ku..