Di Marang, Seorang remaja berusia 16 tahun telah melahirkan anak di dalam biliknya. Kejadian tersebut disedari oleh abangnya sendiri. Tangisan bayi menyebabkan abangnya tersedar daripada tidur. Sayu hati seorang abang ababila mengetahu adiknya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM) pada tahun hadapan.melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rimah keluarga mereka. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Ketika pintu dibuka, gadis berusia 16 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah manakala bayi yang dilahirkan berada disampingnya. Menurut si abang, adiknya dibantu oleh jiran di bawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kemudian membuat laporan polis.
Kata keluarga gadis tersebut, mereka tidak mensyaki apa-apa sebelum inikerana tubuhnya agak besar berbanding rakan-rakannya yang lain malah saiz perutnya kelihatan normal. Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.
Kata abang remaja tersebut,adik perempuannya dan bayi dirawat di hospital berkenaan dan hanya ahli keluarganya sahaja dibenarkan melawat. Namun keadaan adik dan bayi itu dilaporkan kini stabil.
No comments:
Post a Comment