Gambar artis popular Rozita Che Wan (Che Ta) dan suaminya Zain Saidin. Gambar ini di ambil selepas
Rozita Che Wan selamat melahirkan anak perempuannya. Rozita Che Wan tetap nampak cantik walaupun baru lepas bersalin. Ramai orang tertanya-tanya rahsia kecantikan Rozita Che Wan. Rozita Che Wan sendiri membuat pengakuan, beliau mengakui mengenakan solekan & bersiap ketika bersalin dan menganggap perkara itu biasa kerana pernah melakukannya sebelum ini. Selain itu isu Zain membotakkan kepala juga diperkatakan. Biasalah nama pun artis buat apa je orang akan bergosip. Rasanya sepanjang Zain bergelar anak seni, belum pernah kami tengok suami kepada Che Ta ni berkepala botak. Kalau menukar warna dan gaya memang rambut memang bukan perkara baru lagi.
Tapi, tak sangka sekeping foto yang dimuat naik oleh Che Ta di laman Instagramnya membuatkan ramai terkesima. Iyalah, daripada biasa tengok Zain elok berambut, tiba-tiba sahaja muncul dengan imej terbaru.
Kapsyen yang disertakan Che Ta iaitu ‘So good looking daddy to be’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat menganggap imej terbaru suaminya itu berkait rapat dengan kelahiran anak sulung mereka yang bakal melihat dunia tak lama lagi.
Aaisyah Dhia Rana merupakan nama anak Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin. Menerusi program Hlive, pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah bersepakat mengumumkan bahawa nama anak bayi perempuan mereka yang baru lahir sebagai Aaisyah Dhia Rana. Tambahnya lagi, Aaisyah Dhia Rana bermaksud sinar kecantikan dan nama itu juga merupakan gabungan nama ibu Zain Saidin. Terdahulu, Che Ta telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkahwinan dengan Zain Saidin di Hospital KPJ Ampang pada 1 November 2014 yang lalu.
Alahai comel nyee anak Rozita Che Wan ni.. Kecil-kecil dah comel, besar-besar tak tahu la kan.. Untunglah Aaisyah Dhia Rana ni kan.. Kecil-kecil lagi dah dapat bercuti kat luar negara. Dengar khabar, Aaisyah Dhia Rana bakal terbang ke Maldives.
Namun yang lebih tertarik lagi dengan kapsyen yang diberi. Kata Che Ta mudah-mudahan anaknya muat memakai hadiah yang diberi menjelang nak ke Maldives nanti.
Beberapa hari lepas, Che Ta telah memuat naik sekeping foto pakaian kanak-kanak yang diberi oleh salah seorang kenalannya. Bertuah betul Aaisyah Dhia Rana.
Kecil-kecil dah diberi kesenangan dan kemewahan. Semoga Aaisyah Dhia Rana menjadi anak yang solehah besar nanti.
No comments:
Post a Comment