INFO UMK



   Saya belajar di Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa). Universiti Malaysia Kelantan telah diperbadankan pada pada 1 September 2006 sebagai Universiti Awam yang kesembilanbelas ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia. UMK mula beroperasi pada sesi 2007/2008 di Kampus Sementaranya di Institut Perguruan Kota Bharu dan Taman Bendahara di Pengkalan Chepa, Kelantan. Semua pelajar akan ditempatkan di Kolej Penginapan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa.  

   Saya berasa sangat bangga kerana dapat belajar di universiti ini.Walaupun Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) ini tidak seperti universiti-universiti yang lain tetapi ia sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jalan tar dicat warna merah seperti hamparan pemaidani merah menampakkan ia sangat unik.Selain itu, UMK mempunyai satu tempat yang diberi nama 'sky umbrella'. Hanya UMK sahaja yang mempunyai 'sky umbrella'.

   Belajar di sini dapat mengenali pelbagai jenis bangsa. Di samping itu juga, di UMK juga mempunyai tenaga pengajar dari luar negara. Pelajar akan dapat pelajari pembelajaran yang berkualiti tinggi.

    Antara keistimewaan UMK ialah Universiti yang ditubuhkan diawal Rancangan Malaysia Kesembilan yang sangat menekankan kepada pembangunan modal insan yang berkualiti. Seterusnya,Program pengajian di UMK digubal selaras dengan keperluan Jaminan Kualiti yang membolehkan ia diiktiraf di peringkat antarabangsa.Selain dari ilmu akademik, graduan keluaran UMK akan mempunyai kemahiran lain antaranya kemahiran dalam bahasa-bahasa antarabangsa, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran ICT dan kemahiran memimpin.
Semua graduan keluaran UMK akan mempunyai kemahiran keusahawanan dan perniagaan sebagai nilai tambah kepada bidang pengajian yang diikuti.

No comments:

Post a Comment