Sunday, 16 November 2014

My Fovaurite Activity

#Hari ini sabtu 15 november 2014. Aku dan roomates telah mengikuti aktiviti berkayak anjuran Kelab Rekreasi (KRU).Jam 7.30 pagi kami dikehendaki berkumpul di pagar UMK untuk menunggu bas. Seperti biasa hujan turun tanpa henti.Kami lewat beberapa minit untuk menaiki bas kerana faktor hujan menyebabkan Pak cik bas berleter sepanjang perjalanan ke Pulau Melaka.Kami hanya pekakkan telinga sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang dileterkan pon aku tak tahu..Dia tinggalkan kami di suatu tempat yang kami semua tidak tahu kerana dia ada kerja lain katanya. Disebabkan kemarahannya yang tidak henti-henti kami takut untuk bertanya. Tunggu punya tunggu ingatkan pak cik bas tu tinggal kami.. Rupa-rupanya tempat tu lah Pulau Melaka.. Tempat kami berkayak.. Kelakar habis.. Dengan hujan renyai-renyai kami turun ke bawah..(#dengan muka tertanya-tanya dan terpinga-pinga). Ohhhhhh, rupa-rupanya kat sini.. #perasaan gembira dan teruja. Tunggu seketika pelajar UMK Bachok. Sambil berborak dan bergosipp..hahaha. 

#Setelah 20 minit berlalu kami diberi taklimat oleh jurulatih kayak iaitu Encik Johari. Kami diberi jaket keselamatan dan mulakan aktiviti. Aku berpasangan dengan roomate aku ain.. Berkayak dalam hujan bayangkan laa macam mana.. Sementara menunggu semua kami pusing-pusing di sekitar situ.. Selepas itu kami mulakan ke destinasi yang ingin dituju.Kami berhenti di perhetian pertama..Perghh 1KM mengayuh.. sakit tangan kot.. Baru 1km dah sakit.. Banyak lagi perhentian yang akan kami tempuhi.. Habis basah lenjun dibuatnya.. Sejuk habaqq hangggg...Tu baru sikit.. Jurulatih menceritakan serba sedikit sejarah tempat tersebut.. Meneruskan ke destinasi seterusnya.. Mengayuh sambil melihat keindahan sekeliling. Kami berlumba-lumba dengan kawan-kawan yang lain. #buat jahat. Langgar kenu... Haahaaa..kayuhh sambil menyanyi.. makin lebat hujan.. Dan akhirnya sampai di sempadan thailand.. Berehat seketika ditengah-tengah pulau.. Bergabung kenu yang lain. Ada yang berselfie..Ada yang tidur kepenatan..Kenu di bawa oleh arus.. 

#10 minit berlalu.. Patah balik untuk membuat aktiviti seterusnya. Berhenti di suatu pulau untuk melakukan waterconfident. Semua parkking kenu di tebing sungai. Kami diarahkan untuk masuk ke dalam air untuk beberapa minit. aku dan yang lain ke tengah sungai.. Air yang dalam membuatkan aku rasa ingin tenggelam. Tapi dibantu oleh jaket keselamatan.Sejuk sampai mengigil dibuatnya..Hujan yang x henti-henti membuatkan aku terus menggigil.Rasa seperti ada di oversea.. hahaha Mula bergerak untuk pulang tempat mula berkayak..Masing-masing keletihan..tidak ada kekuatan untuk mengayuh.. Aku mengayuh sambil bernyanyi. Penat yang teramat sangat yang hanya ada di fikiran bila nak sampai jee. 3KM pergi 3KM balik...Kayuh untuk pulang memerlukan tenaga yang kuat kerana perlu melawan arus. Selama 4 jam kami berkayak. Kenangan yang tidak akan aku lupakan bersama-sama teman-teman ku..

No comments:

Post a Comment