Monday, 24 November 2014

UMK Berselawat





Sempena Pesta Konvokasyen pihak UMK dengan kerjasama beberapa pihak seperti Jawatankuasa Teman telah menganjurkan program UMK Berselawat pada 23/11/2104 yang lalu. Program ini telah bermula
 Jam 8.15 hingga Jam 11.00 malam. Tetamu yang di undang bagi memeriahkan program UMK Berselawat ini ialah pelajar dari Pusat Tahfiz Al-Aitam Kota Bharu.


Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada mahasiswa, mahasiswi, dan pensyarah. Selepas Solat Isya' secara berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan yassin yang diketuai oleh pelajar Tahfiz A-Aitam. Saya merasa begitu teruja kerana komitmen dan semangat mahasiswa,mahasiswi turut hadir dalam memeriahkan lagi majlis. Di samping bacaan yassin secara beramai-ramai, suasana tenang dan damai dapat dirasai.



Selepas bacaan yassin, majlis diteruskan berselawat yang diketuai oleh pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz Al-Aitam. alunan yang cukup merdu dialunkan. Antara selawat yang dialunkan ialah Madad, Ya Hanana, Ya Badratim, dan Salam Alaik. Mahasiswa, mahasiswi dan pensyarah sama-sama mengalunkan selawat dengan penuh bersemangat. Dari satu selawat ke satu selawat. Selepas itu, majlis diteruskan dengan tazkirah. Pelbagai inputu-input yang berguna dapat diperolehi. 

No comments:

Post a Comment